My Weblog

Akhlak terpuji peribadi dihormati

Sijil Tinggi Agama Malaysia

Posted by bahromsanusi on June 15, 2008

Apakah STAM?

STAM ialah singkatan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Ia merupakan satu peperiksaan yang menggabungkan kurikulum dan peperiksaan daripada 26 sijil STU/STA yang diguna pakai sebelum STAM diperkenalkan. STAM mula diguna pakai selepas termeterainya Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan Antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif Republik Arab Mesir.

Apakah tujuan utama STAM diperkenalkan?
STAM diperkenalkan bagi memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar merupakan pelajar yang berkelayakan dan berkualiti.
   

Bilakah STAM diperkenalkan?
STAM diperkenalkan pada tahun 2000.
   

Apakah antara syarat pendaftaran calon STAM?
Syarat pendaftaran calon untuk peperiksaan STAM ialah:

    1 .  Telah mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar

  2. Telah menduduki peperiksaan SPM 

 

Bolehkah sijil lain digunakan untuk memohon ke Universiti Al-Azhar?

Bagi kemasukan ke tahun 1 hanya STAM sahaja diterima pakai oleh pihak universiti

 

Bagaimana untuk memohon ke Universiti Al-Azhar dengan menggunakan STAM?

Calon perlu menggunakan borang yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di alamat berikut:

Pengarah

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Aras 1, Blok E9, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62520 PUTRAJAYA

(u.p. Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar Luar Negara)

Apakah syarat minimum untuk melayakkan seseorang pelajar memohon ke Universiti Al-Azhar?
Syarat minimum ialah pangkat Maqbul bagi program pengajian Bahasa Arab dan Jayyid bagi program pengajian Islam lain.
   

Bilakah tarikh tutup penghantaran borang?
Tarikh tutup penghantaran borang adalah pada akhir bulan Mei setiap tahun.  

Adakah sebarang kursus diberikan sebelum pelajar ke Mesir?
Kursus orientasi akan diadakan kepada semua pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian ke Universiti Al-Azhar untuk pelajar-pelajar yang masuk ke Tahun 1.   

Apakah sebab-sebab permohonan ditolak?
Permohonan ditolak atas sebab berikut:    

         i.            Sijil STAM disalurkan (laminate);

       ii.            Ejaan nama pada sijil STAM dan terjemahan pada cabutan sijil kelahiran yang tidak sama;

      iii.            Tidak menyertakan sijil asal STAM semasa mengemukakan permohonan;

      iv.            Sijil STAM tidak dicop oleh Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri;

     v.         Tidak menyertakan wang proses sebanyak USD 20.00;    

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: