RAMAH MESRA BERSAMA KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS), KELANTAN
MASA : 9 MALAM
TARIKH : 12 JUN 2008
TEMPAT : RUMAH KELANTAN BARU, HAYYU SABI’, KAHERAH, MESIR
Program MOU (perjanjian kerjasama) dan program Muadalah diantara kolej agama di Malaysia dan Universiti Al-Azhar mempunyai pentakrifan yang berbeza :
MOU :
Perjanjian kerjasama diantara kolej dan universiti Al-Azhar yang mempunyai maksud hubungan ilmiah, pengambilan tenaga pengajar dari Universiti Al-Azhar dan silibus pengajiannya.
Perjanjian ini dibuat untuk tempoh masa selama lima tahun.
Muadalah :
Pengiktiraf pengajian dari Universiti Al-Azhar untuk kolej tersebut sahaja. Pengiktirafan ini perlu diperbaharui setiap tahun.
Namun ia mempunyai satu maksud yang sama iaitu kesemua pelajar bagi setiap kolej yang membuat program MOU dan program muadalah mempunyai peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar dalam tahun 3 atau tahun 4 mengikut terma syarat yang telah dipersetujui diperingkat kolej masing-masing.
Contoh terma syarat KIAS :
- Bagi pelajar program MOU (ijazah) sekiranya lulus peperiksaan tahdid mustawa akan berada ditahun 4 dan yang tidak lulus akan berada ditahun 3.
- Bagi pelajar program Muadalah (diploma) akan berada di tahun 3 sekiranya lulus dan tahun 2 sekiranya tidak lulus bagi kursus usuludin sahaja dan bagi kursus syariah dan dakwah sama seperti program MOU.
Sebanyak 18 kolej di Malaysia yang telah membuat program Muadalah dengan Universiti Al-Azhar. Setengah kolej memeterai perjanjian program MOU dan muadalah dengan Universiti Al-Azhar dan setengahnya lagi hanya memeterai perjanjian program Muadalah sahaja dengan Universiti Al-Azhar. Sejarah MOU dan Muadalah diantara kolej agama di Malaysia dan Universiti Al-Azhar telah bermula seawal tahun 1990 lagi. Namun kesemuanya kolej tersebut membuat perjanjian kerjasama secara berasingan dengan universiti Al-Azhar mengikut terma syarat kolej masing-masing. KIAS telah pun membuat MOU ini bermula tahun 2000 dalam program ijazah berkembar 3+1 bersama Universiti Al-Azhar dan juga program muadalah bagi pengajian Diploma.
Pada tarikh keramat 22 April 2008, satu surat yang ditandatangani oleh Canselor Universiti Al-Azhar telah membatalkan perjanjian pengajian bagi program MOU dan Muadalah bagi kolej-kolej agama di Malaysia. Tempias dari pembatalan tersebut, maka tertubuhnya satu kesatuan diantara kolej-kolej yang mempunyai program Muadalah dengan Universiti Al-Azhar yang dinamakan sebagai IQBAL (رابطة الجامعات والكليات الإسلامية). IQBAL yang diketuai oleh KUIS dan KIAS sebagai timbalan serta dianggotai oleh kolej-kolej lain.
Pada 7 Jun 2008, IQBAL telahpun sampai ke Mesir bagi membincangkan isu ini dengan pihak Universiti Al-Azhar dan perjumpaan kali pertama telahpun dibuat. Kata sepakat telah dipersetujui oleh IQBAL dengan menulis surat kepada pihak Universiti Al-Azhar. Tujuan surat tersebut bukanlah bermaksud desakan supaya menarik kembali kenyataan yang telah dikeluarkan namun memohon supaya pihak universiti Al-Azhar memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat. Dan juga memohon supaya pelajar tahun akhir di kolej masing-masing dapat menyambung pengajian dalam program Muadalah pada tahun ini memandangkan permintaan dari pelajar dan juga persiapan yang telah dibuat. Dan satu jawapan yang agak memberangsangkan serta memberi harapan dari pihak Universiti Al-Azhar ialah mereka tidak akan menganiyai pihak ketiga iaitu pelajar.
1- Pihak kolej perlu menyediakan satu tapak universiti bagi cawangan Uni. Al-Azhar di Malaysia dan Al-Azhar akan mengeluarkan sijil bagi graduan universiti tersebut.
2- Struktur organisasi perlu mengikut sistem Uni. Al-Azhar. Canselor bagi universiti tersebut mestilah dari kalangan Uni. Al-Azhar sendiri. Dan bilangan pegawai dari Uni. Al-Azhar mengikut bilangan pelajar iaitu dinisbahkan seorang pegawai mewakili seratus orang pelajar dan nisbah tersebut akan terus bertambah.
3- Pihak kolej perlu menyediakan gaji kepada kakiktangan Al-Azhar yang bekerja mengikut taraf gaji yang akan ditentukan oleh Al-Azhar dan ia bukanlah dibawah pengurusan Al-Azhar.
4- Pensyarah yang layak mengajar didalam setiap subjek mestilah mempunyai kelayakan PHD dalam bidang masing-masing. Terbuka kepada pemegang PHD dari mana-mana universiti dan ia tidak tertakluk kepada PHD lepasan Al-Azhar sahaja Sebelum tarikh surat pembatalan MOU dikeluarkan, Kompleks Yayasan As-Sofa di Negeri Sembilan telah membuat satu majlis pecah tanah bagi cawangan Universiti Al-Azhar di Malaysia pada 12 April 2008 bagi melaksanakan syarat-syarat yang telah diberikan oleh Universiti Al-Azhar. Satu usahasama baik yang terancang.
Satu plan tindakan telah dirangka oleh IQBAL bagi menjamin kedudukan pelajar tahun akhir di kolej masing-masing :
(sedikit maklumat tentang Universiti Darul Ulum : salah satu cawangan Universiti Terbuka Amerika bagi bahagian Pengajian Islam dan Bahasa Arab)
9) pihak IQBAL hanya akan menandatangani MOU dengan Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja