Apakah STAM?
STAM ialah singkatan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Ia merupakan satu peperiksaan yang menggabungkan kurikulum dan peperiksaan daripada 26 sijil STU/STA yang diguna pakai sebelum STAM diperkenalkan. STAM mula diguna pakai selepas termeterainya Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan Antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif Republik Arab Mesir.
1 . Telah mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar
2. Telah menduduki peperiksaan SPM
Bolehkah sijil lain digunakan untuk memohon ke Universiti Al-Azhar?
Calon perlu menggunakan borang yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
(u.p. Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar Luar Negara)
i. Sijil STAM disalurkan (laminate);
ii. Ejaan nama pada sijil STAM dan terjemahan pada cabutan sijil kelahiran yang tidak sama;
iii. Tidak menyertakan sijil asal STAM semasa mengemukakan permohonan;
iv. Sijil STAM tidak dicop oleh Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri;
v. Tidak menyertakan wang proses sebanyak USD 20.00;