My Weblog

Akhlak terpuji peribadi dihormati

Archive for the ‘Berita Mesir’ Category

Risalah dan Prospektus UNIVERSITI AL-AZHAR

Posted by bahromsanusi on June 15, 2008

Tidak dapat dinafikan bahawa Universiti al-Azhar as-Syarif mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, sama ada di al-Azhar sendiri mahupun di al-Buhuth.

Di samping menjaga kecemerlangan tradisi ilmu Islam, pembelajaran dan penyebarannya, al Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiah kepada seluruh umat manusia dan berusaha merealisasikan hakikat keilmuan dalam Islam serta manifestasinya dalam membina peradaban insaniah, lantas mampu menjamin keharmonian sejagat, sama ada di dunia mahupun akhirat.

Al-Azhar turut memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran. dan spritual. Fungsinya yang agung turut melahirkan ramai ulama ‘amilin bagi seluruh dunia Islam yang bersatu di atas paksi keimanan kepada Allah, keyakinan yang ampuh dan pendirian yang teguh, kekuatan rohani, kemantapan Aqidah dan Syariat, serta kemahiran berbahasa al-Quran (Arab).

Al-Azhar meneruskan tradisi kegemilangannya dengan menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah dalam ilmu dan amalan. Realitinya tampak dengan kewujudan fakulti perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan sebagainya dalam usaha memperteguhkan hubungan antara agama dengan kehidupan serta ikatan aqidah dengan cara hidup seharian. Ia juga menyediakan kader-kader agama yang akan terjun ke dalam arena dakwah di jalan Allah berbekalkan uslub hikmah dan nasihat yang baik.

Akhirnya, al-Azhar yang sedemikian merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab lantas melangkaui dunia yang global.

STRUKTUR PENTADBIRAN AL AZHAR

01. Majlis Tertinggi
02. Rektor
03. Timbalan-timbalan rektor
04. Setiausaha-setiausaha

Majlis Tertinggi

Anggota-anggotanya terdiri daripada :

01. Rektor yang mempengerusikan majlis
02. Timbalan-timbalan Rektor
03. Dekan-dekan Kuliah
04. Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, dipilih oleh Menteri daripada Pegawai-pegawai Tertingginya
05. 3 orang anggota (maksimum) daripada ahli Mujamma’ Buhuth Islam
06. 3 orang anggota (maksimum) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pelajaran di Universiti al-Azhar

Rektor Universiti

Bertanggungjawab penuh kepada Hal Ehwal Pentadbiran al-Azhar sama ada Pendidikan, Pengurusan, dan Kewangan. Turut mentadbir jabatan-jabatan serta menerima ketetapan sistem al-Azhar berdasarkan persetujuan daripada Presiden Mesir. Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi ‘Ustaz’ di Universiti al-Azhar ataupun mana-mana universiti di Mesir sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun. Hal yang sedemikian juga disyaratkan kepada timbalan-timbalannya.

Timbalan-timbalan Rektor

Terdapat 4 orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu:

01. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajaran Dan Pelajar
02. Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth
03. Timbalan Rektor Cawangan Assyut
04. Timbalan Rektor Cawangan Banat

Mereka membantu Rektor dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat Rektorsepanjang ketiadaan beliau.

Setiausaha-setiausaha

Bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan dan pengurusan di bawah seliaan Rektor dan Timbalan-timbalannya. Pada masa ini, terdapat 4 orang Setiausaha, iaitu:

01. Setiausaha Pembantu Universiti
02. Setiausaha Pembantu
03. Setiausaha Cawangan Assyut
04. Setiausaha Cawangan Banat

Mereka dibantu oleh 11 orang Pengetua-pengetua jabatan.

FAKULTI-FAKULTI Dl AL-AZHAR

Sebenarnya, pendidikan tinggi di al-Azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961M hanyalah merangkumi 3 takulti asas iaitu Bahasa Arab, Syariah Wal Qanun, dan Usuluddin.

Walau bagaimanapun, peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa. Seterusnya, al-Azhar telah mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan pemiagaan. Sesungguhnya, fakulti-fakulti baru ini dalam bentuk teori dan praktikalnya, mempunyai keistimewaan yang ketara berbanding fakulti-fakulti yang sama di lain-lain universiti kerana ia meliputi pembelajaran Islam di samping mata pelajaran-mata pelajaran asas. Hal ini jelas memberikan pemahaman ilmu yang mantap kepada para pelajar dengan didasari oleh keyakinan kepada Allah dalam usaha menjadikan mereka sebagai role model yang terbaik kepada masyarakat, seterusnya mampu membangunkan masyarakat dengan jayanya.

Sehingga kini, terdapat 52 buah fakulti di Universiti al-Azhar. Keterangan lanjutnya adalah seperti berikut:

Sebenarnya, pendidikan tinggi di al-Azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961M hanyalah merangkumi 3 takulti asas iaitu Bahasa Arab, Syariah Wal Qanun, dan Usuluddin.

Walau bagaimanapun, peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa. Seterusnya, al-Azhar telah mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan pemiagaan. Sesungguhnya, fakulti-fakulti baru ini dalam bentuk teori dan praktikalnya, mempunyai keistimewaan yang ketara berbanding fakulti-fakulti yang sama di lain-lain universiti kerana ia meliputi pembelajaran Islam di samping mata pelajaran-mata pelajaran asas. Hal ini jelas memberikan pemahaman ilmu yang mantap kepada para pelajar dengan didasari oleh keyakinan kepada Allah dalam usaha menjadikan mereka sebagai role model yang terbaik kepada masyarakat, seterusnya mampu membangunkan masyarakat dengan jayanya.

Sehingga kini, terdapat 52 buah fakulti di Universiti al-Azhar. Keterangan lanjutnya adalah seperti berikut:

PENGAJIAN Dl AL-AZHAR

Pengajian di al-Azhar sememangnya terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini disebabkan fakulti siswi diletakkan berasingan daripada fakulti siswa.

Selain itu, kemasukan berdasarkan faktor keturunan tidak diamalkan di sini. Pengajiannya berjalan di atas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang berdasarkan 2 penggal pengajian sahaja. Perlu disebutkan juga bahawa peperiksaan di al-Azhar dijalankan mengikut pemeringkatan yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BAGI PELAJAR LUAR MESIR

1. Bagi mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-maahad al-Azhar atau Maahad Ghizzatuddin, mereka disyaratkan memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar untuk kelayakan memohon masuk ke mana-mana fakulti berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan.

2. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi dari Maahad Bu’uth Islam atau yang setaraf dengannya, mereka layak memohon masuk ke fakulti-fakulti tertentu berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan.

3. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya dan juga calon yang mendapat biaya pengajian daripada Kerajaan Mesir, mereka layak memohon masuk dengan mengambil kira keadaan berikut:

3.1 Bagi pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke Fakulti-fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab layak memohon berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan. Hal yang sama turut disyaratkan kepada pelajar-pelajar dari Selatan Sudan.

4. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Pengiktirafan (Mu’adalah) bagi tahun-tahun tertentu layak memohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Lujnah Pengiktirafan Universiti al Azhar.

Perhatian:

Kesemua calon di atas perlu mengemukakan borang permohonan mereka kepada Urusetia Bu’uth Islam al-Azhar melalui Pejabat Pendaftaran Kemasukan Pelajar Universiti al-Azhar berdasarkan syarat-syarat berikut :

a) Disyaratkan kepada lepasan Maahad Thanawi al-Azhar dan al-Bu’uth serta pengkhususan Qiraat untuk memohon kemasukan ke universiti bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun daripada tahun penerimaan sijil. Bagi calon yang bukan dari negara Arab yang berminat memasuki fakulti keagamaan, mereka disyaratkan memohon dalam masa tidak melebihi 3 tahun dari tarikh penerimaan sijil.

b) Calon-calon wajib memperolehi Sijil Mu’adalah dengan pangkat lulus sama ada Mumtaz (90%), Jayyid Jiddan (80%), Jayyid (65%), atau Maqbul (50%>. Bagi yang lulus tanpa pangkat juga layak dengan syarat memperolehi markah kelayakan minimun untuk masuk.

c) Kemasukan calon luar Mesir ke fakuiti-fakulti bukan keagamaan dihadkan dengan tidak melebihi 10% daripada bilangan calon Mesir manakala keutamaan bagi kelayakan masuk adalah seperti berikut:

1. Calon-calon luar yang mendapat tajaan pengajian dari Kerajaan Mesir.
2. Calon-calon yang memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar atau Ma’ahad Bu’uth Islami di Mesir.
3. Calon-calon yang memperoleh Sijil mu’adalah yang setaraf dengan Sijil Thanawi al-Azhar atau Ma’ahad Bu’ut Islami

d) Kemasukan pelajar ke fakulti-fakulti seperti Perubatan, Perubatan Pergigian, Farmasi, dan Kejuruteraan tidak dibuka kepada semua warganegara asing melainkan mendapat kebenaran khas daripada Rektor Universiti.

e) Calon-calon yang layak daripada siji Thanawi Am atau yang setara dengannya akan menyusuli calon-calon tajaan Kerajaan Mesir pada peringkat pra Universiti. Segala peraturan pengajian dan peperiksaan yang berkenaan turut melibatkan mereka.

f) Semua calon tidak akan mendapat pengesahan kemasukan ke universiti sama ada di peringkat pra mahupun ijazah sehingga selesai membayar segala yuran dan bayaran jaminan serta urusan-urusan pengajian yang lain berdasarkan Peraturan Pelaksanaan bagi Undang-undang Bernombor 103 Tahun 1961M yang dikeluarkan dengan persetujuan Presiden Mesir bernombor 250 Tahun 1975 dan disemak oleh Majlis Tertinggi al-Azhar pada 31 Mac1985.

PENGIKTIRAFAN AKADEMIK YANG DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI

1. Ijazah Pertama

Ijazah ini juga dikenali sebagai Bachelor of Art (B.A) dan mengambil masa antara 3-5 tahun mengikut fakulti. Walau bagaimanapun, pihak universiti turut mengeluarkan pengiktirafan yang lebih tinggi daripada itu dalam semua bidang pengkhususan ilmu di semua fakulti. Keterangan lanjut adalah seperti di bawah.

2. Diploma Pendidikan Tinggi

Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat ijazah pertama (B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi. Biasanya, kebanyakan fakulti mensyaratkan calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang berkenaan selama 2 tahun sejak keluar daripada pengajian ijazah pertama. Pengajian pada peringkat ini merupakan pengajian peringkat tinggi yang merangkumi akademik dan praktikal. Biasanya, peringkat ini mengambil masa selama 2 tahun pengajian atau 4 semester.

Di samping itu, al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di sini. Calon bukan lepasan al-Azhar juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum Islam. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat diploma ini.

3. Peringkat Pengkhususan (Master)

Calon-calon yang memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat B.A di Universiti al-Azhar layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (M.A). Sesetengah fakulti mensyaratkan calon yang memohon perlu menghabiskan setahun (atau 2 tahun) selepas B.A. sebagai syarat kelayakan masuk. Ada juga yang mensyaratkan calon perlu sekurang-kurangnya memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran yang ingin diambil sebagai syarat pengesahan kemasukan ke peringkat ini.

Syarat yang sedemikian juga dikenakan kepada pemohon yang memperolehi ijazah pertama daripada mana-mana universiti di Mesir atau yang setaraf dengannya daripada lain-lain institusi pengajian yang diiktiraf oleh pihak universiti. Mereka juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum tertentu. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Master ini.

Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma Pendidikan Tinggi dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan. Tempoh minimum bagi menghabiskan pengajian ini ialah selama 2 tahun bagi fakulti amali dan ditambah kepada 3 tahun bagi kebanyakan fakulti teori termasuklah semua fakulti keagamaan (Islam).

4.Peringkat Doktor Falsafah (PhD)

Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperoiehi ijazah M.A. dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu sama ada daripada Universiti al-Azhar, lain-lain universiti di Mesir, atau peringkat yang setaraf dengannya di mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak universiti.

Bagi calon bukan lepasan M.A al-Azhar, mereka perlu menghabiskan beberapa pengajian daripada kurikulum tertentu dalam tempoh pengajian universiti dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Doktor.

Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Jayyid Jiddan bagi calon yang berminat menyambung pelajaran mereka ke peringkat ini. Calon juga diwajibkan menyediakan thesis (kajian ilmiah) asli yang belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini untuk mencapai peringkat Doktor Falsalah. Tempoh minimum untuk mencapai peringkat ini ialah 2 tahun dan ia boleh meningkat kepada 4 atau 6 tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu.

Sumber Rujukan: Website Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir (PMRAM)

 

Posted in Berita Mesir | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.